Sinopsis The Maid (filem 2009)

Raquel (Catalina Saavedra) telah berkhidmat sebagai pembantu rumah untuk keluarga Valdes lebih 23 tahun.[1] Dia melayan majikannya, Pilar (Claudia Celedón) dan Edmundo (Alejandro Goic) dengan penuh hormat dan setia. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan anak lelakinya, Lucas (Agustín Silva) tetapi tidak dengan anak perempuannya yang keras kepala, Camila (García-Huidobro). Apabila Raquel mula sakit kepala disebabkan terdedah dengan klorin berlebihan yang digunakan untuk mengemas rumah, Pilar memutuskan untuk mencari pembantu rumah lain bagi membantu Raquel melakukan tugas hariannya. Raquel yang tidak menggemari cadangan itu telah melakukan pelbagai helah untuk mengusirkan kesemua pembantu rumah baharu, termasuklah Lucy (Mariana Loyola).[2]